1. Untuk melahirkan masyarakat Islam yang beriman, bertakwa dan dinamis dengan menjadikan Islam sebagai cara hidup serta mengikut dan menghayati ajaran-ajaran Islam seperti yang terkandung di dalam Al-Quran dan As- Sunnah;
2. Untuk menegakkan keadilan mengikut hukum-hukum Islam serta mengawal dan membasmi murtad, bidaah dhalalah, kemungkaran, maksiat, khurafat dan fikiran-fikiran yang menjejaskan kesucian Islam; dan
3. Untuk memaju, menggalak, memudah dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial serta kesejahteraan umat Islam di Negeri Pulau Pinang berlandaskan Hukum Syara’.