Filters

LAWATAN SAMBIL BELAJAR BERSAMA PELATIH PUSAT PERLINDUNGAN WANITA BAITUL EHSAN
KE MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG

 

Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan di bawah naungan Majlis Agama Islam Selangor yang diketuai oleh Penguasa Encik Mohd Makhi Bin Adnan diiringi Puan Zakiah Binti Ishak bersama-sama pelatih pusat tersebut telah datang melawat ke Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang pada 22 November yang lalu.

Lawatan yang berlangsung selama lebih kurang sejam lebih ini disambut oleh Pengurus Baitulmal, Encik Nazmi Bin Abd. Shukor, Akauntan, Encik Muhamad Fadzli Bin Wahab serta Setiausaha Pejabat, Puan Nur Hafizah bin Zakaria.

 

Lawatan yang diisi dengan sesi taklimat ini juga disampaikan oleh Pengurus Baitulmal yang mana banyak menyentuh tentang pentadbiran MAINPP dan projek- projek yang telah dilaksanakan. Bukan itu sahaja, sesi soal jawab turut diadakan bersempena dengan kehadiran delegasi lawatan ini.

 

 lawatan1  pic2

ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN KEWANGAN BERDASARKAN INDEKS AKAUNTABILITI TAHUN 2012

Jabatan Audit Negara baru - baru ini telah mengiktiraf dan memberi penarafan 4 Bintang kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dalam Pengauditan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti Tahun 2012. Y. Bhg. Dato' Haji Sazali Bin Haji Hussein, Setiausaha MAINPP telah hadir dan mewakili MAINPP untuk menerima anugerah tersebut yang diadakan di Hotel Riverside, Kuching, Sarawak.

Penarafan bintang ini adalah meliputi 9 aspek kawalan utama iaitu Kawalan Pengurusan, Kawalan Bajet, Kawalan Terimaan, Kawalan Perbelanjaan, Pengurusan Akaun Amanah/Kumpulan Wang Amanah Dan Deposit, Pengurusan Aset Dan Stor, Pengurusan Pelaburan, Pengurusan Pinjaman dan Pengesahan Penyata Kewangan.

Kejayaan 4 bintang ini adalah kali ketiga diterima MAINPP sejak tahun 2010. Semoga dengan pengiktirafan ini dapat meningkatkan produktiviti Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang di persada negara.

Anugerah Pengurusan Kewangan

Tanggal 25 Oktober 2013 bersamaan 20 Zulhijjah 1434H (Jumaat) merupakan hari bersejarah untuk ahli - ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) kerana telah berlangsungnya Majlis Mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Dan Penyampaian Watikah pelantikan ahli MAINPP bagi tempoh 1 Januari 2012 – 31 Disember 2013 di istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Delegasi ahli- ahli MAINPP yang diketuai oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang tiba di Istana Negara pada pukul 8.30 pagi dan dimulakan dengan sesi taklimat oleh pihak pengurusan istana dan seterusnya kesemua ahli MAINPP diperkenalkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas. Baginda kemudiannya berkenan mencemar duli untuk bergambar kenang – kenangan bersama ahli – ahli MAINPP. Turut hadir di majlis tersebut adalah, Exco Agama Hal Ehwal Agama Islam, Yang Berhormat Dato’ Abdul Haji Abdul Malik Bin Abul Kasim. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong seterusnya berkenan menyampaikan watikah perlantikan kepada semua ahli MAINPP dan baginda berangkat meninggalkan majlis sejurus selepas santapan. Majlis menghadap tersebut selesai pada jam 11.00 pagi.

 

 PENYAMPAIAN WATIKAH AHLI MAINPP  PENYAMPAIAN WATIKAH AHLI MAINPP
 PENYAMPAIAN WATIKAH AHLI MAINPP  PENYAMPAIAN WATIKAH AHLI MAINPP
 PENYAMPAIAN WATIKAH AHLI MAINPP  PENYAMPAIAN WATIKAH AHLI MAINPP

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang telah menerima kunjungan dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 19 September yang lalu.Lawatan kerja sehari ini diketuai oleh Ketua Unit Dalam, Encik Abdul Malek Bin Mokhtar serta diiringi oleh Encik Faridilatras Bin Abdul Rahman dan beberapa kakitangan MAIWP.

Kedatangan delegasi dari MAIWP ini disambut oleh Ketua Bahagian Wakaf, Tuan Haji Fakhruddin Bin Abd. Rahman dan Tuan Haji Anuar Bin Ahmad iaitu Ketua Bahagian Pembangunan Dan Pelaburan.

Tujuan utama kunjungan mereka ke MAINPP adalah bagi meninjau dan mempelajari selok belok pengurusan harta wakaf di Pulau Pinang. Delegasi juga dibawa melawat ke premis - premis milik MAINPP antaranya bangunan Wakaf Seetee Aisah yang terletak di Seberang Jaya dan An- Nur Ancasa Ekspress di Jalan Kampung Kolam, Georgetown.

 

lm1   lm2
 lm3  lm4

TAHNIAH KEPADA PENERIMA PINGAT SEMPENA ULANG TAHUN KELAHIRAN
TUAN YANG TERUTAMA (T.Y.T) YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG

Bersempena dengan ulang tahun kelahiran Tuan Yang Terutama (T.Y.T.) Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Ke-75, Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas baru – baru ini, beberapa pegawai dan kakitangan MAINPP telah dianugerahkan Pingat Kelakuan Terpuji (P.K.T) dan Pingat Jasa Kebaktian. (P.J.K.)

Berikut adalah nama – nama penerima:

NAZMI
Encik Nazmi bin Abd Shukor (P.K.T),
Pengurus Baitulmal.

 

 


en fakhruddin
Tn. Haji Fakhruddin bin Abd Rahman (P.K.T)
Pegawai Tadbir Bahagian Wakaf. 

 faridah
Pn. Faridah binti Ariffin (P.J.K)
Pen. Pegawai Teknologi Maklumat.

 


SITI
Pn. Siti Nurbaya binti Osman (P.J.K),
Penolong Akauntan.

 

mdisa 1
Encik Md Isa bin Ishak (P.J.K)
Pekerja Awam

 

 Seluruh warga MAINPP mengucapkan tahniah kepada semua penerima anugerah pingat dan semoga penganugerahan pingat ini dapat meningkatkan produktiviti MAINPP sekaligus memantapkan organisasi ini di Pulau Pinang.

 

LAWATAN KE MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA (MAIM), MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN(MAINS) DAN PERBADANAN WAKAF SELANGOR

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) yang diwakili seramai 11 orang telah mengadakan kunjungan hormat ke Majlis Agama Negeri Melaka, MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN (MAINS) dan Perbadanan Wakaf Selangor.

Lawatan yang berlangsung selama 3 hari ini turut dihadiri oleh Ustaz Afnan Hamimi Bin Taib Azamudden, iaitu salah seorang Ahli Majlis MAINPP dan Penolong Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri, Encik Muhamad Azrai Bin Mohamad Zaini.

Kunjungan tersebut diadakan bertujuan meninjau perlaksanaan sistem pengurusan, pentadbiran dan struktur organisasi di MAINM, MAINNS dan Perbadanan Wakaf Negeri Selangor sekaligus saling bertukar pendapat dan idea mengenai penubuhan Perbadanan Wakaf yang akan ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) tidak lama lagi.

 

maim1 maim3
maim4 mais1
mais4 sgor4

LAPORAN BENGKEL MENGKAJI HALACARA PENGGUNAAN TANAH HAK MILIK MAINPP  15 - 16 JULAI 2013

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) telah menganjurkan Bengkel Mengkaji Halacara Penggunaan Tanah Milik MAINPP di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas. Tujuan bengkel ini dianjurkan adalah untuk membincangkan potensi hartanah milik MAINPP sekaligus mendapatkan pandangan serta ulasan setiap peserta bengkel. 

Bengkel yang berlangsung selama dua hari ini telah dihadiri oleh beberapa pegawai kanan dan wakil jabatan negeri serta agensi korporat yang mempunyai kepakaran di dalam bidang berkaitan pengurusan dan pembangunan hartanah.

Yang Berhormat Dato' Mokhtar Bin Jait, Pegawai Kewangan Negeri turut hadir bersama-sama meluangkan masa pada hari kedua bengkel dan merumuskan sesi bengkel tersebut.

web web2
web4 web5

Sekalung tahniah diucapkan kepada warga kerja MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG (MAINPP) iaitu Tuan Haji Anuar Bin Ahmad, Pengurus Projek Gred J44, Puan Hanidawati Hafiza Ng Binti Abdullah, Pembantu Hal Ehwal Gred S17 serta Encik Shaik Nasir Bin S.K Ismail Pekerja Awam Gred R1 di atas penerimaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk tahun 2012.

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2012 telah disampaikan oleh Y.B. Tuan Haji Mohd Rashid Bin Hasnon, Timbalan Ketua Menteri I di Hotel Eastin, Bayan Lepas pada 19 Jun 2013 anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Mulai tahun ini, penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang telah menerima Sijil Simpanan Premium bernilai RM1000.00 serta Sijil Penghargaan.

Semoga dengan anugerah yang diterima ini dapat dijadikan sumber inspirasi kepada anggota lain untuk meningkatkan daya usaha dan produktiviti masing- masing sekaligus memantapkan peranan MAINPP di negeri Pulau Pinang.

BENGKEL MANUAL PROSEDUR KERJA MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG
DI BEST WESTERN MARINA ISLAND RESORT PANGKOR 24 - 26 MEI 2013

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang baru-baru ini telah menganjurkan Bengkel Manual Prosedur Kerja yang bertempat di Best Western Marina Island Resort Pangkor. Bengkel yang berlangsung selama dua hari ini turut dihadiri Setiausaha MAINPP, Y.Bhg. Dato' Haji Sazali Bin Haji Hussein.

Puan Habibah Binti Samsudin, penceramah yang dijemput khas dari INTAN Wilayah Utara (INTURA), telah memberikan taklimat berhubung isi kandungan serta kaedah untuk menyediakan Manual Prosedur Kerja. Selain itu, kajian semula terhadap MPK mengikut bahagian-bahagian di MAINPP turut diadakan bagi memastikan penyediaan MPK adalah mengikut format yang standard.

 

1   2
3 4
7 9

MAINPP baru-baru ini telah dikunjungi oleh Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Y.B Dato' Haji Abdul Malik Bin Abul Kassim.  Kedatangan beliau disambut oleh Setiausaha MAINPP, Y. Bhg. Dato' Haji Sazali Bin Haji Hussein dan Pengurus Baitulmal, Encik Nazmi Bin Abd. Shukor serta seluruh warga kerja MAINPP.  Lawatan kerja yang berlangsung selama dua jam ini bertujuan untuk melihat dengan lebih dekat setiap fungsi bahagian yang terdapat MAINPP.

taklimat yb1taklimat yb2