PT Sans | Reset
A A

Lawatan Kerja Ke Majlis Agama Islam Dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk)

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) telah berpeluang mengadakan lawatan kerja ke Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) bagi bertukar-tukar idea dan pandangan berkaitan dengan sistem maklumat data hartanah yang sedia ada di Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk).

Lawatan kerja ini diketuai oleh Haji Fakhruddin Bin Abdul Rahman (Ketua Unit Pembangunan Hartanah Dan Harta Wakaf) MAINPP yang turut disertai oleh Encik Abdul Azhar Bin Ibrahim (Penolong Setiausaha Kanan (GIS) Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Negeri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan empat (4) kakitangan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Turut bersama dalam lawatan  kerja ini adalah Encik Muhammad Ariffin Bin Osoman dari GeoInfo Services Sdn Bhd.

Lawatan kerja ini disambut oleh Pihak Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) yang diketuai Encik Ahmad Nazim Bin Md. Tajuri (Pengurus Besar, Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Baitulmal dan Wakaf) bersama-sama dengan Encik Munawir Bin Mohamed Noh (Pengurus Unit Pengurusan Wakaf) dan kakitangan MAIPk yang berkaitan telah berkongsi maklumat berkaitan dengan pembangunan sistem maklumat data hartanah di Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak yang disampaikan oleh Encik Aizat bin Salleh (Penolong Pegawai, Unit Teknologi Maklumat).

Di antara objektif program lawatan ini adalah seperti berikut:

i.             Menjadikan penanda aras dalam pembangunan sistem maklumat data hartanah wakaf yang akan dibangunkan oleh MAINPP;

ii.            Mengenal pasti kaedah pelaksanaan kemasukan data dibuat melalui sistem maklumat tanah MAIPk;

iii.           Mengenal pasti maklumat-maklumat baru yang boleh dimasukkan ke dalam sistem yang akan dibangunkan kelak; dan

iv.           Bertukar-tukar idea dan pandangan berkaitan sistem maklumat data hartanah wakaf di Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk).

Hasil daripada lawatan ini juga telah memberi idea dan gambaran keseluruhan kepada pihak MAINPP untuk membangun dan menambah baik sistem maklumat data hartanah MAINPP bagi tanah wakaf dan baitulmal.

 

WhatsApp Image 2023 05 22 at 11.17.01 AM 1 WhatsApp Image 2023 05 22 at 11.17.01 AM
 WhatsApp Image 2023 05 22 at 11.17.02 AM  WhatsApp Image 2023 05 22 at 11.17.02 AM 1