PT Sans | Reset
A A

Majlis Simbolik Penyerahan Replika Kunci Kepada Pihak KEMAS

Surau Taman Tambun Jaya yang tidak digunakan sebelum ini telah dimanfaatkan dengan penyewaan oleh pihak Tabika KEMAS yang terpaksa mengosongkan premis di Taman Merak. Pihak pengurusan KEMAS Negeri Pulau Pinang telah menjemput MAINPP bagi menyempurnakan penyerahan premis sewaan ini yang diadakan di bangunan surau tersebut. Majlis dimulakan dengan bacaan Yaasin dan Tahlil seterusnya ucapan daripada pihak KEMAS Negeri Pulau Pinang dan MAINPP.
 
MAINPP telah diwakili oleh Tuan Haji Mahamad Aziz bin Abdullah, Ahli MAINPP yang juga Pengerusi JK Pendidikan MAINPP telah menyempurnakan majlis dengan simbolik penyerahan replika kunci kepada pihak KEMAS yang diwakili oleh Puan Shafinaz binti Ahmad, Penolong Pengarah Kanan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, KEMAS Negeri Pulau Pinang. Diharapkan kerjasama strategik ini dapat memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak.
 
411458889 746830117468866 2288067745105523526 n 411509462 746830150802196 6912112342970378797 n
411456196 746830157468862 6886436869297251162 k 411494367 746830064135538 483713567633615959 n
411489163 746830124135532 9126067824164170043 n 411486518 746830074135537 4478410782314073635 n