Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) telah menganjurkan Persidangan Meja Bulat Antara MAINPP Dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang diadakan selama dua hari di Hotel Seri Malaysia Bayan Baru. Dirasmikan oleh YBhg. Dato' Dr. Roslan bin Ahmad, TYDP MAINPP dan turut dihadiri oleh Tuan Rizuwan bin Salleh, Pengarah Kawalan Bangunan, Jabatan Kawalan Bangunan Majlis Bandaraya Pulau Pinang.
Objektif persidangan ini dianjurkan untuk membincangkan isu-isu antara MAINPP dan pihak PBT, mewujudkan persefahaman antara MAINPP dan pihak PBT serta merangka pelan tindakan bersama untuk kemajuan sosio ekonomi masyarakat Islam di Pulau Pinang.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |