Pada 5 November 2024, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) telah menerima kunjungan hormat daripada UTMSPACE, Universiti Teknologi Malaysia. Kunjungan tersebut telah disambut oleh YBhg. Dato’ Haji Rosidi bin Hussain, setiausaha MAINPP dan turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan dari MAINPP serta wakil dari Wakaf Pulau Pinang.