YB Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) telah menerima kunjungan YBhg. Datuk Ketua Audit Negara di pejabat MAINPP.
Turut hadir bersama adalah YBhg. Dato’ Haji Rosidi Hussain, Setiausaha MAINPP, YBrs. Pn. Hjh. Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); YBrs. En. Azunan Hj. Daud, Pengarah Audit Kewangan dan Pn. Mazmiza Mihat, Pengarah Audit Negeri Pulau Pinang.
Seusai kunjungan hormat, YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan MAINPP Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022 yang diadakan di Bilik Mesyuarat MAINPP. Mesyuarat ini dihadiri oleh YBhg. Dato’ Setiausaha MAINPP, YBhg. Dato’ Haji Amran Hazali, Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang; Tuan Abdul Mohsein Mohd Sharif, Ketua Pegawai Eksekutif Wakaf Pulau Pinang serta pegawai-pegawai yang berkaitan.