30 Ogos 2024, Majlis Penyerahan Projek Masjid Nurul Hidayah Sungai Lokan telah dihadiri oleh Encik Shahril bin Shahrom, Ketua Unit Pentadbiran Tanah MAINPP bagi mewakili YB. Dato' Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang sebagai pemilik tanah bagi menerima masjid yang telah siap dibina ini.
Simbolik penyerahan telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Haji Zulkifli bin Long, Pengarah Pembangunan Negeri Pulau Pinang kepada wakil MAINPP dan seterusnya diserahkan kepada Pengerusi Kariah Masjid Sungai Lokan dengan disaksikan oleh Dato' Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri.
Masjid yang menelan kos sebanyak RM4 juta ini boleh memuatkan seramai 1000 orang jemaah turut dilengkapi dengan kemudahan Bilik Mesyuarat serta kemudahan asas yang lain.
Hadir bersama ke majlis ini adalah Ustaz Marzuki bin Hassan, Pengarah JHEAIPP, Ustaz Norzli bin Mat, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau, JHEAIPP dan Ustaz Sallehuddin bin Sulaiman, Pegawai Tadbir Agama Daerah Seberang Perai Utara (Butterworth), Pengerusi Kariah Masjid Nurul Hidayah Sungai Lokan serta wakil pihak Perunding Projek.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |