23 Ogos 2024, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dengan kerjasama Affin Islamic Bank Berhad telah menganjurkan Majlis Penyerahan Sumbangan Affin Islamic Bank Kepada Masjid-Masjid Daerah Seberang Perai Utara (Kepala Batas) yang berlangsung di Masjid Abdullah Fahim. YBhg. Dato' Amran Hazali, Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang hadir mewakili YB. Dato' Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 untuk merasmikan program tersebut.
Hadir bersama YBhg. Tuan Dali Sardar, Ahli Lembaga Pengarah Affin Islamic Bank Berhad, YBhg. Prof. Madya Dr. Kamaruzaman Noordin, Pengerusi Jawatankuasa Syariah, Affin Islamic Bank Berhad, Yang Berusaha Tuan Norzli bin Mat, Ketua Penolong Pengarah, Bah. Pengurusan Masjid dan Surau, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Yang Berusaha Encik Mohamad Fairuz Mohd Radi, Pengarah Eksekutif Perbankan Komuniti Kumpulan Affin Bank Berhad, Yang Berusaha Encik Mohamad Yusof Sultan Alavudin, Ketua Pegawai Operasi, Myrich Dynasty Networks Sdn. Bhd., wakil dari Pejabat Agama Daerah, Ahli-ahli Jawatankuasa Syariah Affin Islamic Bank Berhad serta AJK Masjid Daerah Seberang Perai Utara.