Majlis Penyerahan Tanah Wakaf Daripada Sharikat C.C. Ismail Sdn. Bhd. Kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang Sebagai Pemegang Amanah Tanah Wakaf telah diadakan di dewan Masjid Dato'Sheikh Adnan, Penaga (MDSAP).
Sesi penyerahan ini melibatkan sejumlah 8 lot tanah yang diwakafkan khas untuk kegunaan dan manfaat MDSAP daripada pewakaf Sharikat Keluarga C.C. Ismail Sdn. Bhd. kepada MAINPP selaku pemegang amanah tanah wakaf. Kesemua lot berkenaan telah pun didaftarkan atas nama MAINPP dan luas keseluruhan 8 lot tanah yang diwakafkan ini ialah 12,598.9 kaki persegi / 0.289 ekar. Lot-lot tanah ini terletak di Pekan Penaga dan sekitar MDSAP.
Majlis ini diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Dato' Sri Reezal Merican bin Naina Merican, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bertam, Yang Berbahagia Tuan Haji Mohamad Shaharrudin bin Mohamad Hassan Tajudin, Pengarah Urusan Sharikat C.C. Ismail Sdn. Bhd., Tuan Haji Muhammad bin Mohd Ali, Pengerusi Kariah, Masjid Dato’ Sheikh Adnan, Penaga, Pengarah-Pengarah Sharikat C.C. Ismail Sdn. Bhd., Para Peguam Dari Tetuan Ram Reza & Muhamad serta Pegawai-Pegawai Masjid Dato’ Sheikh Adnan, Penaga manakala MAINPP diwakili oleh Encik Shahril bin Shahrom, Ketua Unit Pentadbiran Tanah MAINPP.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |