Projek Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) Tahun 2026 anjuran Unit Integriti, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (PSUKPP)

Pada 21 Januari 2026, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) akan menyertai Projek Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) Tahun 2026 anjuran Unit Integriti, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (PSUKPP). Sehubungan itu, satu Sesi Pembentangan dan Perbincangan Cadangan Tajuk Projek RKB telah diadakan pada hari ini bertempat di Malaysia Productivity Corporation (MPC), Bertam, bagi membincangkan hala tuju dan kesesuaian tajuk projek yang dicadangkan oleh jabatan/agensi yang terlibat.

Sesi ini telah dihadiri oleh wakil-wakil daripada Unit Integriti PSUKPP, pegawai-pegawai MPC serta wakil-wakil jabatan dan agensi Kerajaan Negeri Pulau Pinang termasuk MAINPP. MAINPP telah diwakili oleh satu pasukan yang terdiri daripada 7 orang pegawai dan diketuai oleh Setiausaha MAINPP.

Dalam sesi perbincangan tersebut, pihak MPC telah meneliti dan memberi maklum balas terhadap cadangan tajuk projek RKB yang dibentangkan. Hasil perbincangan mendapati bahawa tajuk projek yang dicadangkan adalah lebih sesuai dikategorikan sebagai projek di bawah Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA), dan bukannya sebagai Projek Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB). Sehubungan itu, MAINPP diminta untuk mengemukakan satu tajuk projek baharu yang lebih menepati skop dan kriteria Projek RKB bagi Tahun 2026 untuk pertimbangan pihak MPC.

4 3
2 1