Carian

Premis komersial wakaf milik MAINPP di Lebuh Buckingham, Georgetown, 10200 Pulau Pinang

No. Lot  No. 24-A
Harga Minimum RM1,100.00
Keluasan 920 kps 
 Jenis Perniagaan dicadangkan Pejabat Pengrusan/pemasaran

* MAINPP tidak terikat untuk menerima tawaran tertinggi atau mana-mana tawaran dan segala keputusan adalah muktamad.

Premis komersial Wakaf untuk disewakan kepada bumiputera beragama Islam.  Kepada pihak yang berminat, sila lengkapkan borang Permohonan Penyewaan Premis Komersial termasuk bidaan kadar sewa sebulan dan mengemukakan profil syarikat yang lengkap.  Borang permohonan perlu dikembalikan ke dalam peti bidaan di Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Tingkat 9, Menara UMNO, 128 Jalan Macalister, 10400 Pulau Pinang pada atau sebelum   20 Jun 2014 sebelum 12.00 tengahari.

Sila klik pautan di bawah untuk muat turun borang.

Borang Permohonan Sewa No 24-A, Lebuh Buckingham , Georgetown, 10200 Pulau Pinang 

Premis milik MAINPP di bangunan Wakaf Lebuh Carnavon, Georgetown, 10100 Pulau Pinang

No. Premis No. 29, Lebuh Carnavon, 10100 Pulau Pinang
Harga Minimum RM1,000.00
Keluasan 883 kps 
 Jenis Perniagaan dicadangkan Pejabat Pengrusan/pemasaran

* MAINPP tidak terikat untuk menerima tawaran tertinggi atau mana-mana tawaran dan segala keputusan adalah muktamad.

Premis komersial Wakaf untuk disewakan kepada bumiputera beragama Islam.  Kepada pihak yang berminat, sila lengkapkan borang Permohonan Penyewaan Premis Komersial termasuk bidaan kadar sewa sebulan dan mengemukakan profil syarikat yang lengkap.  Borang permohonan perlu dikembalikan ke dalam peti bidaan di Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Tingkat 9, Menara UMNO, 128 Jalan Macalister, 10400 Pulau Pinang pada atau sebelum   28 Jun 2014 sebelum 12.00 tengahari.

Sila klik pautan di bawah untuk muat turun borang.

Borang Permohonan Sewa No 29, Lebuh Carnavon , Georgetown, 10100 Pulau Pinang 

Premis komersial wakaf milik MAINPP di Lebuh Carnavon, Georgetown, 10200 Pulau Pinang

No. Lot  No. G-18
Harga Minimum RM170.00 
Keluasan 121 kps 
 Jenis Perniagaan dicadangkan Pejabat Pengrusan/pemasaran

* MAINPP tidak terikat untuk menerima tawaran tertinggi atau mana-mana tawaran dan segala keputusan adalah muktamad.

 

Premis komersial Wakaf untuk disewakan kepada bumiputera beragama Islam.  Kepada pihak yang berminat, sila lengkapkan borang Permohonan Penyewaan Premis Komersial termasuk bidaan kadar sewa sebulan dan mengemukakan profil syarikat yang lengkap.  Borang permohonan perlu dikembalikan ke dalam peti bidaan di Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Tingkat 9, Menara UMNO, 128 Jalan Macalister, 10400 Pulau Pinang pada atau sebelum   13 Jun 2014 sebelum 12.00 tengahari.

Sila klik pautan di bawah untuk muat turun borang.

Borang Permohonan Sewa No G-18, Lebuh Carnavon , Georgetown, 10200 Pulau Pinang 

Sekalung tahniah diucapkan kepada Tuan Haji Kamal Bin Said, Pegawai Tadbir Gred N41 Bahagian Sumber Am, Puan Siti Nurbaya Binti Osman, Penolong Akauntan Gred W27, Bahagian Akaun, dan Encik Shahrul Izham bin Mohd. Noor, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S27, Darul Hidayah di atas penerimaan Anugerah Khidmat Cemerlang Tahun 2013.

Majlis penganugerahan yang telah berlangsung pada 29 April 2014 di Hotel Gurney ini turut dihadiri oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Amat Berhormat Tuan Lim Guan Eng dan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Yang Berhormat Dato’ Farizan Bin Darus.

Semoga penganugerahan ini dapat memberikan motivasi kepada semua Anggota MAINPP untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan yang disampaikan.

KAMAL   BAYA SIDHAM 
Tuan Haji Kamal bin Said
Pegawai Tadbir (N41)
Pn. Siti Nurbaya binti Osman
Penolong Akauntan (W27)

Encik Shahrul Izham bin Mohd. Noor
Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S27

 

Premis milik MAINPP di Bangunan Wakaf Masjid Kapitan Lebuh Carnavon , Georgetown, 10200 Pulau Pinang

 

No. Lot  No. 71
Harga Minimum RM2,300.00 
Keluasan 2038 kps 
 Jenis Perniagaan dicadangkan Kedai emas, kedai elekronik, ruangan pejabat dan lain-lain perniagaan yang bersesuaian.

 

Premis komersial di Bangunan Wakaf Masjid Kapitan Keling, Lebuh Carnavon,  Georgetown, 10200 Pulau Pinang untuk disewakan kepada bumiputera beragama Islam.  Kepada pihak yang berminat, sila lengkapkan borang Permohonan Penyewaan Premis Komersial termasuk bidaan kadar sewa sebulan.  Borang permohonan perlu dikembalikan ke dalam peti sebutharga di Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Tingkat 9, Menara UMNO, 128 Jalan Macalister, 10400 Pulau Pinang pada atau sebelum   23 Mei  2014 sebelum 12.00 tengahari.

Sila klik pautan di bawah untuk muat turun borang.

Borang Permohonan Sewa No 71, Lebuh Carnavon , Georgetown, 10200 Pulau Pinang 

 

 

PROGRAM RETREAT HALA TUJU MAINPP 2014

 

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) telah menganjurkan satu program yang melibatkan pegawai dan kakitangan bersama-sama dengan Ahli-Ahli MAINPP di Hotel Langkawi Seaview bermula pada 6 April 2014 hingga 8 April 2014. Program yang berlangsung selama tiga hari ini bertujuan untuk mengkaji dan membincangkan hala tuju MAINPP di samping penambahbaikan pengurusan wakaf, masjid dan pendidikan Islam di negeri Pulau Pinang.

Program ini telah membariskan para pembentang kertas kerja profesional yang terdiri daripada Y. Bhg. Tuan Haji Yasim Bin Mohamed Yang Dipertua PIMPINAN Negeri Selangor, Y. Bhg. Tuan Haji Abdul Razak Bin Hj. Osman, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang, Y. Bhg. Datuk Dr. Hamzah Bin Kassim, Pengasas merangkap Pengarah Urusan Kumpulan The IA Group dan Y. Bhg. Ustaz Mustapahayudin Bin Abdul Khalim, Penolong Pengarah Wakaf, Majlis Agama Islam Negeri Johor. Tuan Haji Fakhruddin Bin Abd. Rahman, Pegawai Tadbir Bahagian Wakaf, MAINPP turut membentangkan struktur organisasi dan sumber MAINPP serta pembangunan-pembangunan yang berjaya dilaksanakan oleh MAINPP sebagai input kepada para peserta program.

Selain sesi pembentangan, para peserta turut dibahagikan kepada empat kumpulan bagi membincangkan topik-topik yang diberikan iaitu Penambahbaikan Sistem Pendidikan Islam, Memperkasakan Institusi Masjid, Penambahbaikan Pembangunan Organisasi MAINPP dan Penambahbaikan Pengurusan Wakaf dengan dibimbing oleh para pembentang kertas kerja yang dilantik sebagai fasilitator.

Pada hari terakhir program, hasil perbincangan setiap kumpulan dibentangkan dan akan digunakan untuk merangka Pelan Strategik MAINPP 2015-2020.

 

 

b1  a1 
 d1  e1
 f1  g1
 h1  i1
m1 o1

SENARAI NAMA DAN JAWATAN AHLI MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG (1.1.2014 – 31.12.2015)

 

Bil.

Nama

Jawatan

1.

Y.B. Dato' Haji Mohd. Salleh Bin Man

Yang Dipertua

2.

Y.Bhg. Dato' Haji Abdul Halim Bin Hussain

Timbalan Yang Dipertua

3.

Y.B. Dato’ Farizan Bin Darus

Setiausaha Kerajaan Negeri

Ahli MAINPP

4.

Y.B. Puan Hajah Aliza binti Sulaiman

Penasihat Undang-Undang Negeri

Ahli MAINPP

5.

Y.B. Dato’ Mokhtar Bin Mohd Jait

Pegawai Kewangan Negeri

Ahli MAINPP

6.

Y.B. Dato’ Seri Haji Hassan Bin Haji Ahmad

Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Ahli MAINPP

7.

YDH Senior DCP Dato’ Wira Abd. Rahim Bin Haji Hanafi

Ketua Polis Pulau Pinang

Ahli MAINPP

8.

Y.Bhg. Dato' Abd. Aziz @ Aziz Bin CheYacob

Pegawai Agama, Istana Negara

Ahli MAINPP

9.

Y.B. Dato' Haji Abdul Malik Bin Abul Kassim

AMMK Agama

Ahli MAINPP

10.

Y.Brs. Dr. Danial Bin Haji Zainal Abidin

Ahli MAINPP

11.

Y.Brs. Ustaz Rosidi Bin Hussain

Ahli MAINPP

12.

Y.Brs. Ustaz Dr. Wan Salim Bin Wan Mohd. Noor

Ahli MAINPP

13.

Y.Brs. Ustaz Afnan Hamimi Bin Dato’ Taib Azamudden

Ahli MAINPP

14.

Y.Brs. EncikMohamadTaupik Bin Mohamad Nor

Ahli MAINPP

15.

Y.Brs. Tuan Haji MohdTuah Bin Ismail

Ahli MAINPP

Bil.

Nama

Jawatan

1.

Y.B. Dato' Haji Mohd. Salleh Bin Man

Yang Dipertua

2.

Y.Bhg. Dato' Haji Abdul Halim Bin Hussain

Timbalan Yang Dipertua

3.

Y.B. Dato’ Farizan Bin Darus

Setiausaha Kerajaan Negeri

Ahli MAINPP

4.

Y.B. Puan Hjh. Aliza binti Sulaiman

Penasihat Undang-Undang Negeri

Ahli MAINPP

5.

Y.B. Dato’ Mokhtar Bin Mohd Jait

Pegawai  Kewangan  Negeri

Ahli MAINPP

6.

Y.B. Dato’ Seri Haji Hassan Bin Haji Ahmad

Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Ahli MAINPP

7.

YDH Senior DCP Dato’ Wira Abd. Rahim Bin Haji Hanafi

Ketua Polis Pulau Pinang

Ahli MAINPP

8.

Y.Bhg. Dato' Abd. Aziz @ Aziz Bin CheYacob

Pegawai Agama, Istana Negara

Ahli MAINPP

9.

Y.B. Dato' Haji Abdul Malik Bin Abul Kassim

AMMK Agama

Ahli MAINPP

10.

Y.Brs. Dr. Danial Bin Haji Zainal Abidin

Ahli MAINPP

11.

Y.Brs. Ustaz Rosidi Bin Hussain

Ahli MAINPP

12.

Y.Brs. Ustaz Dr. Wan Salim Bin Wan Mohd. Noor

Ahli MAINPP

13.

Y.Brs. Ustaz Afnan Hamimi Bin Dato’ Taib Azamudden

Ahli MAINPP

14.

Y.Brs. Encik Mohamad Taupik Bin Mohamad Nor

Ahli MAINPP

15.

Y.Brs. Tuan Haji Mohd Tuah Bin Ismail

Ahli MAINPP

17.

Ustaz A.Raffor Bin Haji Mahmod

Ali MAINPP

Pengurus Baitulmal MAINPP, En. Nazmi bin Abd. Shukor PTD Gred M48 yang telah dipinjamkan ke MAINPP bermula daripada 29 Mac 2010 sehingga 9 Febuari 2014 telah dinaikkan pangkat dan bertukar ke Biro Pengaduan Awam. Warga kerja MAINPP telah meraikan beliau dalam satu majlis perpisahan pada hari Jumaat yang lalu selepas sesi bacaan Yassin dan tazkirah.

Majlis ini turut dihadiri oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd. Salleh Bin Man bersama-sama Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Y.Bhg. Dato’ Haji Sazali Bin Haji Hussein.

Majlis ringkas ini juga turut diselitkan dengan sesi penyerahan cenderamata kenang-kenangan dan sesi bergambar bersama pegawai dan kakitangan MAINPP.  Seluruh warga MAINPP mengucapkan ribuan terima kasih dan selamat maju jaya dalam kerjaya beliau di tempat baru.

 

f1   Bersama Kakitangan Bahagian Pentadbiran dan Bahagian Akaun
 Bersama Kakitangan Bahagian Sumber Am  Bersama Bahagian Wakaf
 Penyampaian Cenderahati  Majlis Perpisahan PBM

~ Tiada aktiviti terkini bagi tahun 2014 ~