Bahagian Audit Dalam bertanggungjawab dalam merancang dan melaksanakan pengauditan di Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Selain itu, Bahagian Audit Dalam juga membantu dan mengenalpasti sama ada wujudnya kawalan dalaman di dalam proses pentadbiran Majlis serta sistem. Audit Dalaman MAINPP juga membantu memberikan cadangan serta langkah-langkah yang berkesan bagi memperbaiki kecekapan dan keberkesanan proses pentadbiran Majlis.
Antara objektif Bahagian Audit Dalam MAINPP adalah untuk memastikan bahawa:
- Sistem kawalan dalaman adalah sempurna dan berkesan
- MAINPP telah mematuhi undang-undang, polisi-polisi, peraturan, arahan dan tatacara kewangan.
- Semua rekod perakaunan telah diselenggara dengan tepat dan boleh dipercayai
- Pengurusan aset mengikut peraturan dan arahan yang ditetapkan.
- Data-data perakaunan yang diberikan kepada pihak pengurusan adalah tepat dan boleh dipercayai.
- Semua sumber diurus dengan cekap, ekonomi dan berkesan.
Fungsi Bahagian Audit Dalam MAINPP :
Menjalankan pemeriksaan dan penilaian audit secara bebas dan objektif ke arah meningkatkan kualiti tadbir urus di semua lapisan pengurusan berpandukan Tatacara Amalan Terbaik Pengurusan Kewangan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), akta dan pekeliling yang digunapakai bagi membudayakan persekitaran kerja yang cemerlang.