Unit Pembangunan

  1. Merangka, merancang dan menyelaras kajian kedayahidupan serta konsep pembangunan hartanah milik MAINPP;
  1. Merancang dan menyelaraskan permohonan peruntukan pembangunan dan pemajuan semula hartanah MAINPP kepada agensi-agensi kerajaan berkaitan;
  1. Merangka, merancang dan menyelaras projek pembangunan atau pemajuan semula hartanah wakaf dan baitulmal milik MAINPP;
  1. Memproses permohonan cadangan pembangunan hartanah MAINPP oleh agensi Kerajaan atau swasta;
  1. Menyelaras dan menyediakan ulasan kepada pemaju bagi keperluan perancangan tempat ibadat Islam bagi pembangunan hartanah di Pulau Pinang;
  1. Memproses permohonan ulasan cadangan pembangunan tanah berjiran;
  1. Menyelaras dan memproses permohonan kebenaran menaik taraf, penambahan struktur kecil dan sebagainya daripada pihak masjid/ surau di Pulau Pinang;
  1. Membantu dalam penyediaan spesifikasi teknikal, Bill of Quantities (BQ) dan sebagainya bagi perolehan sebut harga, tender serta lain-lain yang berkaitan;
  1. Memberikan khidmat nasihat teknikal dan bantuan/ sokongan teknikal dalam perancangan/ kajian/ pelaksanaan projek-projek fizikal serta lain-lain yang berkaitan.