PT Sans | Reset
A A

Unit Pentadbiran Tanah

Objektif Unit Pentadbiran Tanah MAINPP merangkumi semua aspek berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran tanah untuk dilaksanakan secara cekap dan berkesan sebagai mana berikut:

  1. Melaksanakan proses pendaftaran dan pengurusan hartanah wakaf dan baitulmal MAINPP dengan teratur, kemaskini dan sempurna.
  2. Mengenal pasti dan menyimpan selamat dokumen-dokumen wakaf dan baitulmal MAINPP.
  3. Mengenal pasti persempadanan tanah wakaf dan baitulmal milik MAINPP.
  4. Memastikan pengurusan hartanah wakaf dan baitulmal MAINPP diuruskan secara bersistematik berlandaskan hukum syarak dan menepati prinsip-prinsip akauntabiliti.
  5. Memastikan pengurusan dan pentadbiran tanah MAINPP dilaksanakan dengan efesien mengikut nilai urus tadbir yang baik.