PT Sans | Reset
A A

Bahagian Undang-Undang

Bahagian Undang-undang berfungsi sebagai nadi utama kepada pentadbiran dan pengurusan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dengan memastikan pelaksanaan operasi, aktiviti, dasar-dasar dan polisi-polisi Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dilaksanakan mengikut peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa menurut Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004.

Bukan itu sahaja, bahagian ini akan mewakili MAINPP dalam kes-kes di mahkamah yang melibatkan kepentingan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dari segi perundangan misalnya kes-kes tanah wakaf dan kes murtad.

Bahagian ini juga berperanan mengkaji dan menggubal undang-undang, peraturan-peraturan serta kaedah-kaedah yang akan dipratikkan di MAINPP dan turut menguruskan dokumen perjanjian dan perundangan bagi semua aktiviti Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.