1. Permohonan boleh di buat melalui pengisian Borang C yang boleh diperolehi di Unit Pentadbiran Tanah, MAINPP atau dimuat turun di link berikut (Borang C) dan (Surat Permohonan Beli Balik Bahagian Baitulmal) ;
2. Isi borang C dan sertakan dokumen yang diperlukan (sila sertakan salinan kad pengenalan, salinan carian persendirian atau carian rasmi, surat kebenaran waris-waris lain untuk bertindak, salinan sijil faraid atau salinan perintah pembahagian daripada Pejabat Pusaka Kecil);
3. Hantar Borang C yang lengkap diisi dengan dokumen-dokumen yang diperlukan di atas kepada MAINPP berserta bayaran proses sebanyak RM10.00 (Bayaran juga boleh dibuat secara atas talian dengan mengemukakan bukti bayaran (resit));
4. Yuran Penilaian tanah oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) akan ditanggung oleh pemohon (Bayaran tertakluk kepada fi penilaian oleh JPPH dan boleh juga dibuat di atas talian dengan mengemukakan bukti bayaran (resit));
5. Pihak urusetia akan menyediakan kertas kerja untuk dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan, Hal Ehwal Tanah dan Aset MAINPP (JKHETA);
6. Keputusan mesyuarat JKHETA akan di sahkan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP);
7. Pihak urusetia akan memaklumkan keputusan mesyuarat bagi permohonan tersebut samada diterima atau ditolak;
8. Sekiranya diterima, bayaran hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari; dan
9. Urusan selanjutnya adalah pengisian borang pindahmilik tanah melalui Borang 14A.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Unit Pentadbiran Tanah, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang di talian 04-2260305.