Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang sekali lagi bakal mengorak langkah dalam menjaga kebajikan masyarakat Islam khususnya serta untuk rakyat negeri Pulau Pinang amnya· dengan pewujudan Klinik Waqaf An-Nur hasil usahasama diantara MAINPP dengan pihak KPJ Healthcare Berhad.· Perjanjian usahasama ini telah dimeterai pada 10 Jun 2012 bertempat di Bilik Mesyuarat MAINPP, Tingkat 9, Menara UMNO. Majlis Menandatangani Surat Perjanjian Usahasama Pembinaan Klinik Waqaf An-Nur diantara MAINPP dengan KPJ Healthcare Berhad ini telah ditandatangani oleh Setiausaha MAINPP, Yang Berbahagia Dato' Haji Sazali bin Haji Hussein dan Pengarah Eksekutif Merangkap Ketua Pegawai Operasi, KPJ Healthcare Berhad, Haji Amiruddin Abd. Satar yang mewakili KPJ Healthcare Berhad. Turut sama hadir menyaksikan majlis bersejarah ini adalah·Timbalan Yang Di-Pertua·MAINPP, Yang Berhormat Dato' Haji Mohd. Salleh bin Man, Ahli-Ahli MAINPP, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Masjid Jamek Seberang Jaya serta pegawai-pegawai daripada kedua-dua organisasi.· Klinik Waqaf An-Nur yang yang bakal beroperasi mulai Ramadhan 1433H ini akan ditempatkan di kawasan parkir Masjid Jamek Seberang Jaya dengan kos rawatan serendah RM5.00. Klinik ini akan dibuka untuk orang ramai dua· hari seminggu.