Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) telah mengadakan sesi perbincangan bersama Lembaga Tabung Haji bertempat di Bilik Mesyuarat, MAINPP. Sesi perbincangan ini dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Haji Samsudin bin Bakar, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) manakala Lembaga Tabung Haji diwakili oleh YBhg. Dato’ Mohamad Mokhzani bin Mukhtar, pengurus wilayah Lembaga Tabung Haji Utara, Pengarah Tabung Haji Pulau Pinang, Puan Hajah Maznizan binti Mamat dan Puan Hajah Nurul Hanis Yuslina binti Haji Mohd Yusri, Ketua Pemasaran Negeri Tabung Haji.
Sesi perbincangan ini turut melibatkan agensi-agensi di bawah MAINPP iaitu Zakat Pulau Pinang, Wakaf Pulau Pinang dan Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang serta
Perbincangan yang berlangsung selama dua jam ini bertujuan untuk membuat hebahan maklumat berkaitan haji khususnya di media massa dan media sosial. Oleh itu, untuk memastikan maklumat ini dapat disampaikan secara berkesan dan menyeluruh, Tabung Haji mengambil pendekatan untuk menyiarkan maklumat tersebut melalui Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, anak-anak syarikat di bawah MAINPP serta masjid dan surau di seluruh negeri Pulau Pinang.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |