Pada 24 September 2024, MAINPP telah dinobatkan sebagai Naib Johan Bagi Anugerah #AktifGISPgGov dan menerima penghargaan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang Sempena Seminar Digital Geosmart Government: Unlocking Spatial Potential anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, PlanMalaysia Negeri Pulau Pinang dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang yang diadakan di PICCA Convention Center, Butterworth.
Anugerah ini disampaikan oleh YB. Dato' Haji Zulkifli bin Long, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan MAINPP diwakili oleh En. Shahril bin Shahrom, Ketua Unit Pentadbiran Tanah. Didoakan semoga MAINPP terus aktif dalam usaha inovasi digital dengan menggunakan teknologi GIS untuk kemaslahatan umat Islam khususnya di Pulau Pinang.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |