Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) hari ini telah dikunjungi oleh delegasi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Delegasi IKIM ini diketuai oleh Dr. Muhammad Hisyam bin Mohamad, Pengarah merangkap Felow Kanan Pusat Pengajian Ekonomi dan Kemasyarakatan dan disertai 3 pegawai.








