Pada 13 November 2024, YBhg. Dato’ Haji Rosidi bin Hussain, Setiausaha MAINPP meraikan delegasi dari Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI). Delegasi yang diketuai oleh Ustaz Mohd Berkat bin Hasan, Penolong Pengarah Kanan Pengurusan Kariah, JAWI, hadir ke MAINPP untuk mengadakan lawatan kerja.








