Yang Berhormat Tuan Fahmi bin Zainol, Exco Agroteknologi & Keterjaminan Makanan Dan Pembangunan Koperasi, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah meluangkan masa melawat projek pertanian asnaf di tanah wakaf Lot 502, Mukim 19, Telok Wang dan tapak berpotensi untuk pertanian secara kerjasama strategik antara Jabatan Pertanian bersama MAINPP dan ZPP di Lot 240, Lot 264 dan Lot 265, Mukim 3, SPS.
Turut bersama meraikan lawatan YB Exco ini adalah YBhg. Dato’ Haji Rosidi bin Hussain, Setiausaha MAINPP, En. Ruslan bin Harun, Pengurus Besar Jabatan Projek Khas ZPP serta para pegawai dari MAINPP dan ZPP.
Selain itu, YB Exco turut membawa rombongan MAINPP dan ZPP ke lokasi berhampiran iaitu Projek Taman Agro Teknologi usahasama Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang dan PERDA di Ara Kuda.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |