Bertempat di Dewan Utama Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang, pagi tadi telah diadakan program Ceramah Akademi Kenegaraan Agensi-Agensi Islam Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2024.
Ceramah ini disampaikan oleh YBhg. Dato’ Ismail bin Yusop,
Timbalan Ketua Pengarah (Latihan) Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri.
Penganjuran program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada input-input akademi kenegaraan di samping meningkatkan kerjasama di antara agensi-agensi Islam di Pulau Pinang ini.
Berlangsung selama dua jam, ceramah ini memberikan manfaat kepada kakitangan dan wakil-wakil setiap agensi Islam dalam menambah ilmu pengetahuan terhadap aspek kenegaraan sekaligus meningkatkan jati diri dan semangat kenegaraan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab besar dalam membangunkan agensi-agensi Islam di Pulau Pinang.
Antara yang hadir adalah YB. Dato' Dr. Mohamad bin Abdul Hamid Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Yang Dipertua MAINPP, YBhg. Dato’ Dr.Roslan bin Ahmad, Timbalan Yang Dipertua MAINPP, YBhg. Dato’ Haji Rosidi bin Hussain, Setiausaha MAINPP, YBhg. Dato’ Amran bin Hazali, Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang, Prof. Madya Dr. Wan Nazjmi bin Mohamed Fisol, Rektor KITAB, Tuan Abdul Mohsein bin Mohd Shariff, Ketua Pegawai Eksekutif Wakaf Pulau Pinang, Yang Berbahagia Encik Zulkifli bin Mohamed Setiausaha Sulit Kepada Yang Berhormat Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang serta Ahli-Ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.
Program ceramah kenegaraan ini juga turut dimeriahkan dengan kehadiran pegawai dan kakitangan dari 11 agensi Islam di Pulau Pinang.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |