Berlangsung selama dua hari, seluruh warga kerja Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) telah berkampung selama dua hari di Hotel Mercure, Tg Bungah.
Berkonsepkan santai, program yang dinamakan Sanggar Kerja Warga MAINPP dimulakan dengan Slot Motivasi yang dikendalikan oleh Puan Farah Rusilah binti Muhamad Darus, Pegawai Psikologi, Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Berpengalaman luas dalam bidang psikologi, beliau banyak berkongsi pengalaman beliau dalam mengendalikan kes-kes yang melibatkan perasaan stress, anxiety dan sebagainya.
Slot seterusnya dikendalikan oleh YBhg. Dato' Haji Rosidi bin Hussain, Setiausaha MAINPP yang menyampaikan taklimat berkaitan struktur organisasi MAINPP. Turut hadir bersama YBhg. Dato' Dr Roslan bin Ahmad, TYDP MAINPP dan Tuan Abdul Mohsein bin Mohd Shariff , Ketua Pegawai Eksekutif Wakaf Pulau Pinang.
Pada malamnya, telah diadakan sesi bersama YB. Dato' Dr. Mohamad Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 merangkap Yang Dipertua MAINPP.
Beliau menyatakan bahawa warga MAINPP mempunyai peranan besar dalam menjalankan amanah demi pembangunan agama Islam di Pulau Pinang.
Sesi ini juga diselitkan dengan penyampaian anugerah dan penghargaan kepada pegawai dan kakitangan MAINPP.
Program ini berakhir dengan Sesi Taklimat MS ISO 37001:2016 Anti-Bribery Management Systems (ABMS) yang dikendalikan oleh Encik Muhammad Safwan bin Zakaria, Juruaudit , Bahagian Audit Dalam MAINPP.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |