YBhg. Dato Haji Rosidi bin Hussain, Setiausaha MAINPP telah mengadakan sesi perbincangan bersama wakil persatuan penduduk Taman Wakaf Seetee Aisah bagi membincangkan isu-isu berkaitan jalan keluar masuk ke pemajuan bersebelahan Taman Wakaf Seetee Aisah.
Sesi perbincangan ini turut dihadiri oleh Encik Yusri bin Ishak dan Encik Ahmad Rizal bin Abd Hamid, kedua-duanya merupakan Ahli Lembaga Pengarah Wakaf Pulau Pinang Sdn.Bhd.,
dan Ahli Majlis Bandaraya Seberang Perai, En Zainuddin. Turut hadir bersama pegawai-pegawai dari MAINPP, WPP, MBSP, JKRSPT, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang dan pemaju ULNSB.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |