Carian

Encik Juhari Ahmad atau lebih mesra dipanggil Encik Jo telah secara rasminya bersara pada 3 Mei 2013 setelah menyumbangkan khidmat bakti beliau selama 31 tahun di MAINPP. Seluruh warga MAINPP mengucapkan ribuan terima kasih di atas perkhidmatan beliau sepanjang berkhidmat bersama MAINPP.

jo1jo2

Badan Kebajikan Anggota MAINPP (BKAM) telah mengadakan Mesyuarat Agung Kali Ke-6 pada 27 Mac 2013 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Mesyuarat yang mengambil masa lebih kurang 2 jam ini dipengerusikan oleh Encik Kamaluddin Bin Darus, yang dipilih sebagai Pengerusi Sementara.
Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk memilih jawatankuasa BKAM bagi sesi 2013/2014. Turut diadakan sesi penyerahan cenderahati sumbangan BKAM kepada dua orang ahli BKAM yang baru mendapat cahaya mata iaitu En. Isfahafis Bin Ismail dan En. Muhammad Afiq Bin Mat Rosli.
Mesyuarat Agung Kali Ke-6  ini telah berlangsung dengan lancar dan diharapkan dengan pelantikan jawatankuasa baru,  BKAM akan dapat memberikan sumbangan dan khidmat yang lebih baik dalam menjaga kebajikan ahli - ahlinya.

bkam2 bkam11

Baru-baru ini telah berlangsungnya Bengkel Penyediaan Garis Panduan Dan Piawaian Perancangan Kemudahan Awam Masyarakat Islam Negeri Pulau Pinang yang telah dianjurkan oleh Jabatan Perancang Bandar Dan Desa Pulau Pinang. Bengkel yang berlangsung selama dua hari bertempat di Dewan Sri Pinang, Lebuh Light, Georgetown ini turut dihadiri oleh beberapa jabatan dan agensi kerajaan ·dari dalam dan luar Pulau Pinang antaranya JHEAIPP, JKR, MPPP serta JAKIM.

Sepanjang bengkel ini berlangsung, para peserta bengkel telah didedahkan dengan lebih terperinci berkaitan kemudahan awam masyarakat Islam khususnya di negeri Pulau Mutiara ini iaitu dari segi perancangan penyediaan masjid, surau dan tanah perkuburan Islam.

Antara pembentang-pembentang kertas kerja untuk bengkel yang julung kalinya dianjurkan oleh jabatan ini ialah salah seorang kakitangan MAINPP iaitu Pengurus Projek Bahagian Pembangunan Dan Pelaburan, Tuan Haji Anuar Bin Ahmad yang menyentuh tentang dilemma yang dihadapi berkaitan perancangan dan pembangunan masjid, surau dan tanah perkuburan Islam.

Pada 4 Mei 2012 (Jumaat) jam 10.00 pagi, Badan Kebajikan Anggota MAINPP (BKAM) telah mengadakan Mesyuarat Agong kali ke 5 bagi sesi 2012/2013 bagi melantik Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, Penolong Bendahari serta AJK bagi biro-biro. Dalam mesyuarat berkenaan, setiap biro membentangkan laporan aktiviti biro berkenaan serta laporan kewangan dibentangkan oleh bendahari BKAM.

Baru-baru ini telah diadakan· Bengkel Penstrukturan Semula Organisasi Majlis Agama Islam· Negeri Pulau Pinang yang bertempat di laketown Hotel, Bukit Merah.· Seramai 18 kakitangan MAINPP telah dipilih untuk menyertai bengkel ini. Bengkel yang berlangsung selama 3 hari ini turut dihadiri oleh Setiausaha MAINPP, Tuan Haji Sazali bin Haji Hussein.

Objektif bengkel ini adalah bertujuan membincangkan penstrukturan semula organisasi MAINPP dengan melibatkan semua kakitangan dan pegawai. Disamping itu, dibincangkan juga penyediaan justifikasi yang kukuh untuk keperluan pertambahan jawatan dengan mengambilkira input daripada setiap bahagian di MAINPP.

Kesimpulannya, bengkel ini sedikit sebanyak telah dapat memberikan idea masing-masing terhadap pentingnya pertambahan jawatan baru di MAINPP

Pada 28 Mei 2012 seramai 11 orang kakitangan MAINPP telah mengadakan· lawatan ke Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya. Tujuan lawatan ini adalah untuk mempelajari dan melihat dengan lebih dekat pelaksanaan Sistem Minit Mesyuarat Berkomputer yang digunakan oleh jabatan berkenaan dari sudut perekodan minit, carian, maklum balas, kaedah penggunaan sistem dan penyelenggaraan sistem tersebut.· Di dalam lawatan berkenaan, kakitangan MAINPP juga berpeluang untuk melihat kerja-kerja pemuliharaan dan penyimpanan dokumen yang digunakan oleh jabatan berkenaan.

Pentadbiran MAINPP mengucapkan tahniah kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2011.  Mereka yang menerima·anugerah tersebut adalah seperti berikut:

1.· Encik Nazmi bin Abd. Shukor (Pengurus Baitulmal)
2.
· Puan Halimah binti· Mohd Yusof (Pembantu Hal Ehwal Islam )
3.
· Puan Zabidah binti· Haji Bashri (Pembantu Hal Ehwal Islam )
4.
· Encik Mohd Said bin Ahmad· (Pemandu)

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang telah dianugerahkan Sijil Audit Bersih Bagi Penyata Kewangan Tahun 2011 pada 15 Ogos 2012 yang lalu. Sijil ini telah disampaikan oleh Y.Bhg Dato' Mustafa Bin Hj Saman, Timbalan Ketua Audit Negara, Sektor Audit Kerajaan Negeri. Selepas beliau mempengerusikan sesi Exit Conference yang telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Widuri, Jabatan Audit Negara, Putrajaya. Y.Bhg. Dato' Haji Sazali Bin Haji Hussein, Setiausaha MAINPP telah menerima Sijil Audit Bersih ini bagi pihak MAINPP dengan disaksikan Pengurus Baitulmal serta beberapa orang pegawai MAINPP yang turut hadir ke Sesi Exit Conference terbabit.

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang sekali lagi bakal mengorak langkah dalam menjaga kebajikan masyarakat Islam khususnya serta untuk rakyat negeri Pulau Pinang amnya· dengan pewujudan Klinik Waqaf An-Nur hasil usahasama diantara MAINPP dengan pihak KPJ Healthcare Berhad.· Perjanjian usahasama ini telah dimeterai pada 10 Jun 2012 bertempat di Bilik Mesyuarat MAINPP, Tingkat 9, Menara UMNO. Majlis Menandatangani Surat Perjanjian Usahasama Pembinaan Klinik Waqaf An-Nur diantara MAINPP dengan KPJ Healthcare Berhad ini telah ditandatangani oleh Setiausaha MAINPP, Yang Berbahagia Dato' Haji Sazali bin Haji Hussein dan Pengarah Eksekutif Merangkap Ketua Pegawai Operasi, KPJ Healthcare Berhad, Haji Amiruddin Abd. Satar yang mewakili KPJ Healthcare Berhad. Turut sama hadir menyaksikan majlis bersejarah ini adalah·Timbalan Yang Di-Pertua·MAINPP, Yang Berhormat Dato' Haji Mohd. Salleh bin Man, Ahli-Ahli MAINPP, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Masjid Jamek Seberang Jaya serta pegawai-pegawai daripada kedua-dua organisasi.· Klinik Waqaf An-Nur yang yang bakal beroperasi mulai Ramadhan 1433H ini akan ditempatkan di kawasan parkir Masjid Jamek Seberang Jaya dengan kos rawatan serendah RM5.00. Klinik ini akan dibuka untuk orang ramai dua· hari seminggu.

Pusat Perniagaan Wakaf Seetee Aisah Seberang Jaya yang siap dibina oleh Uda Land (North) Sdn. Bhd. telah diserahkan kepada MAINPP dalam satu majlis bersejarah yang berlangsung di perkarangan bangunan berkenaan pada 30 Oktober 2012 yang lalu. Majlis penyerahan bangunan ini telah disaksikan oleh Tuan Yang Terutama, Yang di -Pertua Negeri Pulau Pinang Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas dan isteri, YABhg. Toh Puan Dato' Seri Utama Hajah Majmor Binti Shariff.· Majlis yang berlangsung selama sejam setengah ini turut dihadiri oleh Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang , Y.B Dato Haji Mohd Salleh Bin Man dan disertai oleh Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Y.Bhg. Dato' Haji Sazali Bin Haji Hussein manakala pihak UDA Land (North) Sdn. Bhd. diwakili oleh Pengerusi UDA Holdings Berhad, Y.B Datuk Seri Nur Jazlan Bin Tan Sri Mohamed. Walaupun majlis ini berlangsung dalam keadaan hujan lebat, namun ramai penduduk daripada kawasan setempat telah hadir dan menyaksikan pembangunan tanah wakaf dengan binaan· pusat perniagaan di atas tanah Wakaf Seetee Aisah seluas 9.274 ekar. Bangunan yang mengandungi 27 unit kedai pejabat serta kawasan perumahan yang terdiri daripada 76· unit rumah teres dua tingkat ini bakal menyumbangkan manfaat jangka panjang kepada komuniti di daerah Seberang Perai Tengah khususnya dan seluruh negeri Pulau Pinang amnya.