HEBAHAN HARTA LUQATAH MAINPP

HEBAHAN HARTA LUQATAH MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG

Sukacita dimaklumkan bahawa pentadbiran MAINPP akan membuat hebahan Harta Luqatah mulai 9 Ogos 2019 sehingga 8 Ogos 2020. Untuk makluman, harta luqatah merupakan barang berharga yang dijumpai serta tidak ketahui pemiliknya. Barang berkenaan telah diserahkan kepada pentabiran MAINPP untuk tujuan hebahan selama setahun sebelum dibuat lelongan.  Sehubungan itu, sepanjang tempoh berkenaan orang ramai boleh membuat tuntutan sekiranya berkenaan. Sila hubungi Unit Pengurusan Dana Wakaf di talian 04-226 0305 dikemukakan permohonan tuntutan. 

 Sekian,terima kasih.