PT Sans | Reset
A A

Pameran Pendidikan & Inovasi Serantau Syed Syeikh Al-Hady 2023

YBhg. Dato' Hj. Rosidi Hussain, Setiausaha MAINPPmemenuhi jemputan dengan menghadiri Pameran Pendidikan & Inovasi Serantau Syed Syeikh Al-Hady 2023.
Program ini dirasmikan oleh YB. Dato' Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.
 
Hadir sama dalam program ini, YBhg. Dato' Dr. Roslan bin Ahmad, Timbalan Yang Dipertua MAINPP, YBrs. Prof. Madya Dr. Wan Nazjmi bin Mohamed Fisol, Pemangku Rektor KITAB dan barisan ketua jabatan kerajaan negeri serta ketua-ketua jabatan agensi agama Islam Negeri.
 
Usai ucapan perasmian dan gimik perasmian oleh TKM 1, aktiviti Walkathon C-Heart KITAB 1.0 dilaksanakan. Peserta berjalan sejauh 1.6KM bermula dari perkarangan KITAB.
TKM 1 bersama SU MAINPP dan beberapa tetamu jemputan turut melawat gerai-gerai pameran yang terdapa di program ini.
 
Sekalung tahniah kepada KITAB dan Al-Hady Centre atas penganjuran program ini yang memberi peluang kepada masyarakat untuk mengenali lebih dekat KITAB dan Al-Hady Centre sebagai pusat pendidikan serta penyelidikan yang terdapat di Pulau Pinang.
 
398848412 726796572805554 2159521220403423886 n
400070334 726796579472220 4191054655766702262 n
400370170 726796646138880 8197411732890723791 n
400719831 726796642805547 6302021206089784835 n