Jelajah Agenda Pembangunan Agama Islam Negeri Pulau Pinang
Jelajah Agenda Pembangunan Agama Islam Negeri Pulau Pinang telah diadakan di Masjid As-Solihin, Kg. Kepala Gajah. MAINPP salah satu agensi yang turut serta dalam program yang dianjurkan oleh Al-Hady Centre (AHC) Pulau Pinang dengan kerjasama KITAB Pulau Pinang, Wakaf Pulau Pinang serta Zakat Pulau Pinang.
Program ini turut dihadiri dari delegasi rombongan daripada Jakarta Islamic Centre. YBhg. Dato' Dr. Roslan bin Ahmad, TYDP MAINPP mewakili YB. Dato' Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap YDP Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang menyantuni delegasi tersebut.