8 Ogos 2024, YBhg. Dato’ Haji Rosidi bin Hussain, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) telah menerima Kunjungan Hormat Dari Public Islamic Bank Berhad (PIBB).
Kunjungan dari PIBB terdiri dari tiga orang pegawai iaitu, Encik Mohd. Supian bin Mat Nan, Ketua Bahagian Syariah, Encik Mohd. Zaimy bin Abdul Latiff, Pengurus, Pengurusan Tunai & Kerajaan dan Encik Mohammad Adif bin Aljuhari, Pengurus Pembangunan Perniagaan, Pengurusan Tunai & Kerajaan. Kehadiran mereka di MAINPP turut diraikan oleh Cik Jamilah binti Nor, Ketua Bahagian Akaun Dan Kewangan MAINPP.
Berlangsung selama dua jam, kunjungan tersebut bertujuan bertukar-tukar pendapat berkaitan pembangunan wakaf yang telah dibangunkan di Pulau Pinang serta berkaitan dengan perbankan Islam.