15 Ogos 2024, YBhg. Dato’ Haji Rosidi bin Hussain, Setiausaha MAINPP hari ini menerima Kunjungan Hormat dari TV AlHijrah (TVAH), iaitu agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Kunjungan tersebut bertujuan berkongsi maklumat berkenaan dengan TV Al-Hijrah dan untuk mengenali MAINPP di samping bertukar-tukar pendapat serta meneroka ruang kerjasama antara kedua-dua entiti.