Pada 02 Februari 2024, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) telah menerima kunjungan hormat dari wakil Institut Darul Ehsan (IDE). Dalam pertemuan ini, YB. Dato' Dr. Mohamad Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Yang Dipertua MAINPP bersama wakil Institut Darul Ehsan (IDE) membincangkan potensi kerjasama yang boleh diadakan di antara kedua belah pihak.
IDE diwakili oleh Tuan Haji Amidi Abd Manan, Pengarah Eksekutif IDE, Encik Khairul Arifin Munir, Pengurus Kanan (Penyelidikan) IDE dan Encik Kamarulbahrin Zahid, Pengurus Kanan (Program & Penerbitan) IDE. Turut serta, Dr Asma Hakimah Ab. Halim, Pensyarah Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
MAINPP mengucapkan terima kasih atas kunjungan hormat yang penuh makna ini dan semoga ada pelunag untuk membina kerjasama di waktu akan datang.
![]() |
|
![]() |