Kunjungan Hormat Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP)
YBhg. Dato Haji Rosidi bin Hussain, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP)hari ini menerima kunjungan hormat Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, YBrs. Dr. Mohamad Sofee bin Razak dan bersama pegawai-pegawai kanan YIPP.
Perbincangan secara khusus untuk penubuhan sekolah agama Islam antarabangsa dengan menggunapakai semula bangunan lama SMKA (P) Al-Mashoor di Medan Lim Cheng Teik, Pulau Tikus yang dijangka akan beroperasi pada awal tahun hadapan.