Pagi tadi telah diadakan lawatan ke premis wakaf bersama Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang di Pangsapuri Warisan Tanjung, Tanjong Tokong. Dua (2) unit premis kediaman telah diwakafkan untuk dijadikan perpustakaan mini.
Turut hadir dalam lawatan tersebut Puan Norlina binti Ahmad, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang dan Tuan Abdul Mohsein Mohd Shariff, Ketua Pegawai Eksekutif Wakaf Pulau Pinang serta Tuan Haji Kamal bin Said, Ketua Unit Pengurusan Dan Penyelenggaraan Premis, MAINPP.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |