Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) menerima kunjungan hormat dari
delegasi Jabatan Wakaf Zakat & Haji (JAWHAR) dan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Selamat bin Paigo, Ketua Pengarah JAWHAR merangkap Naib Pengerusi YWM, YBrs. DrRidzwan Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM, Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YWM dan pengurusan kanan JAWHAR serta YWM.
Kunjungan hormat ini diadakan untuk membentangkan draf Pelan Induk Wakaf Nasional (PIWN) 2025-2030 ke Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang bermatlamat untuk melonjakkan sumbangan wakaf dalam sektor Kewangan Sosial Islam. PIWN akan dilaksanakan bersama pihak MAIN dalam memastikan setiap inisiatif strategik dan pelan tindakan yang digariskan dalam PIWN 2025-2030 dapat diterima oleh setiap MAIN dan dilaksanakan dengan berkesan.
Kunjungan ini telah dipengerusikan oleh YB. Dato' Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 merangkap Yang Dipertua MAINPP dan turut disertai oleh pengurusan kanan MAINPP.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |