PT Sans | Reset
A A

Sumbangan

Menyumbang kepada dana wakaf Pulau Pinang

Umat Islam adalah bersaudara dan digambarkan sebagai satu bangunan yang saling sokong-menyokong. Penzahiran persaudaraan itu bukan semata-mata dalam bentuk pertolongan dari segi tenaga atau bantuan lain, malah Islam mengajar umatnya supaya tolong-menolong dan bantu membantu dalam bentuk wang dan harta benda. Bantuan dan pemberian wang dan harta benda ini bukan kerana mahukan sesuatu dari manusia tetapi kerana mahukan keredaan Allah. Oleh itu selain zakat, hibah dan sebagainya, umat Islam akan berkongsi harta kekayaannya dengan orang lain melalui berwakaf.
 
Wakaf merupakan satu amalan sunat dan digalakkan serta menjadi wajib dilaksanakan apabila dibuat dengan wasiat. Oleh kerana umat Islam mahu berwakaf kerana mahukan keredaan Allah, maka wakaf merupakan satu mekanisme perkongsian harta kekayaan seseorang dengan orang lain. Dalam ekonomi, wujudnya golongan yang mengagih semula harta kekayaan kepada orang lain, sangat penting kerana ia boleh membantu mencapai pembangunan ekonomi sesebuah negara.
Wakaf ialah suatu bentuk penyerahan harta sama ada secara (sorih) terang, atau (kinayah) sindiran, di mana harta berkenaan ditahan dan hanya manfaatnya sahaja yang diaplikasikan untuk tujuan-tujuan kebajikan sama ada berbentuk umum mahupun khusus. Dari segi istilah ia bermaksud menahan sesuatu harta seseorang untuk dimanfaatkan oleh orang lain. Harta yang diwakafkan hendaklah berada dalam keadaan yang baik, kekal dan tujuan ia melakukan wakaf adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan memberi kebajikan kepada orang lain.
 
Pewakaf juga tidak lagi mempunyai hak ke atas harta wakaf tersebut. Manakala Muhammad ‘Arfah al-Dusuqi pula menjelaskan bahawa wakaf adalah memberikan manfaat sesuatu harta yang dimiliki kepada orang yang berhak dengan satu akad dalam jangka masa tertentu, sesuai dengan kehendak pewakaf.4 Menurut Ibn Qudamah dari ulama Mazhab Hanbali menyatakan bahawa wakaf adalah menahan yang asal dan memberikan hasilnya.
Image

PERANAN WAKAF DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI DAN APLIKASINYA DI MALAYSIA

Harta wakaf dibangunkan dengan pelbagai projek yang boleh mendatangkan manfaat ekonomi kepada umat Islam secara langsung mahupun tidak langsung. Hasil sewaan bangunan wakaf dan lain-lain projek wakaf akan diagihkan untuk kebajikan dan kepentingan umat Islam. Contohnya, seperti memberi
bantuan kepada orang yang berada dalam asnaf-asnaf zakat; bantuan kerana pembinaan, pengurusan dan mengimarahkan masjid, surau, madrasah, klinik, hospital dan lain-lain; bantuan kepada orang yang ditimpa bencana alam, kemalangan, rawatan perubatan, anak-anak yatim, orang yang dalam tahanan; bantuan pendidikan, meningkatkan syiar Islam dan bantuan untuk membangunkan negara dan lain-lain yang berkaitan dengan kepentingan dan kebajikan umat Islam.

Sumbangan Wakaf

Lanjut
Lanjut
Lanjut
Lanjut
Lanjut
Lanjut
Lanjut
Lanjut