Yang Dipertua Majlis Agama
Islam Negeri Pulau Pinang

Yang Berhormat Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid
Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang
Pengumuman
Tawaran Bidaan Harga Sewaan Tanah Sawah Padi (Bendang)
TARIKH LAWATAN TAPAK IKLAN 24 OGOS 2026 (ISNIN) 10 PAGI 24 OGOS 2026 (ISNIN) 11 PAGI 26 OGOS 2026 (RABU) 10 PAGI 26 OGOS 2026 (RABU) 10:15 PAGI 26 OGOS 2026 (RABU) 10:30 PAGI 26 OGOS 2026 (RABU) 11 PAGI 26 OGOS 2026 (RABU) 11:15 PAGI...
Iklan Hebahan Tawaran Bidaan Sewaan Tapak - Lot 2903, Mukim 10, SPS
Tarikh tutup untuk menyertai tawaran adalah sehingga 30 Jun 2026, jam 12:00 tengah hari....
Majlis Persaraan Ybhg. Dato’ Seri Haji Zulkifli Bin Long Dan Tuan Haji Fakhruddin Bin Abd Rahman
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) telah mengadakan Majlis Persaraan YBhg. Dato’ Seri Haji Zulkifli bin Long dan Tuan Haji Fakhruddin bin Abd Rahman sebagai tanda penghargaan dan apresiasi atas segala jasa, sumbangan, dedikasi serta komitmen yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan dalam menjayakan amanah dan tanggungjawab yang telah dipertanggungjawabkan. Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh bermakna ini telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul...
Majlis Perarakan Sambutan Maulidur Rasul 1448H / 2026M Peringkat Negeri Pulau Pinang
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) bersama jabatan, agensi dan NGO Islam Negeri Pulau Pinang berkesempatan menyertai Majlis Perarakan Sambutan Maulidur Rasul 1448H / 2026M Peringkat Negeri Pulau Pinang yang berlangsung di Masjid Daerah Seberang Perai Selatan, Jawi, Nibong Tebal. Penyertaan ini menjadi wadah untuk menyemarakkan ukhuwah dan kecintaan kepada Rasulullah SAW, di samping menghayati tema sambutan: “Meneladani Rasulullah SAW, Memacu Agenda Pembangunan Agama Islam (APAI).”...
Program Smart Start Romantika Cinta Siri 1
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) terus komited memperkukuh institusi keluarga Islam menerusi penganjuran Program Smart Start Romantika Cinta Siri 1 yang menghimpunkan 60 pasangan suami isteri di Pusat Keluarga LPPKN Bertam. Program ini merupakan kolaborasi strategik antara LPPKN Negeri Pulau Pinang, JHEAIPP dan MAINPP melalui Jawatankuasa Kebajikan, Kesihatan, Wanita dan Pembangunan Keluarga (JKKWPK). Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Profesor Emeritus Dato' Dr....
Penyerahan Wakaf Rumah Pangsapuri Kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP)
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik Ahmad bin Sulaiman dan keluarga atas keprihatinan serta kesudian menyerahkan sebuah unit rumah pangsapuri wakaf khas kepada MAINPP. Sesi penyerahan sijil penghargaan dan kunci kediaman wakaf telah disempurnakan dalam satu sesi ringkas yang berlangsung di premis berkenaan. MAINPP telah diwakili oleh Puan Nur Al Fitrah binti Shaik Annuar Pasha dari Unit Pentadbiran Tanah...
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) Salur Bantuan Kewangan Kepada 83 Mahasiswa Pulau Pinang Ke Timur Tengah
Seramai 83 mahasiswa Pulau Pinang yang akan melanjutkan pengajian ke Timur Tengah telah menyertai Program Karisma Antarabangsa: Taklimat Pengurusan dan Pelepasan Mahasiswa Pulau Pinang ke Timur Tengah Sesi 2026/2027 yang berlangsung di Masjid Daerah Seberang Perai Tengah pada 6 Ogos 2026. Majlis pelepasan telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Profesor Emeritus Dato’ Dr. Haji Abd Aziz Tajuddin, Timbalan Yang Dipertua MAINPP, mewakili YB Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua...
Bengkel Hartanah Bahagian Baitulmal Dan Surau Perkukuh Tadbir Urus Pengurusan Hartanah Umat Islam
Bengkel Hartanah Bahagian Baitulmal dan Surau selama dua hari di Hompton By The Beach Penang anjuran Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang telah menghimpunkan pelbagai agensi utama negeri antaranya Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Pejabat Daerah dan Tanah dari semua daerah serta...
Program Komuniti Harmoni 2026 Perkasa Komuniti Melalui Kemahiran Upcycle
Program Komuniti Harmoni 2026 telah dirasmikan oleh Pengerusi MAINPP, YBhg. Dato’ Rosidi bin Hasan pada 26 Julai 2026 bertempat di Surau Muttaqin, Bandar Bertam Perdana. Program anjuran Jawatankuasa Kebajikan, Kesihatan, Wanita dan Pembangunan Keluarga MAINPP menerusi Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam, JHEAIPP, dengan kerjasama Yayasan IKRAM Pulau Pinang, ini memberi tumpuan kepada usaha memperkasa komuniti, khususnya golongan wanita, melalui latihan kemahiran upcycle sebagai salah satu...
Bengkel Latihan Semula SPB MAINPP Dan Aplikasi Penang Smart Kariah
Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) MAINPP telah menganjurkan Bengkel Latihan Semula (Re-Training) Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) MAINPP dan Aplikasi Penang Smart Kariah (PSK) bertempat di Institut Latihan Islam Pulau Pinang (ILIPP). Bengkel ini melibatkan wakil-wakil kariah dan masjid - masjid di seluruh Negeri Pulau Pinang sebagai usaha memperkukuh kefahaman serta kemahiran dalam penggunaan SPB MAINPP dan Aplikasi PSK bagi menyokong pengurusan kariah yang lebih tersusun dan berkesan....
Majlis Penyerahan Zakat Korporat daripada PLUS Malaysia Berhad, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Syarikat Takaful Malaysia
Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang telah menyempurnakan penyaksian Majlis Penyerahan Zakat Korporat daripada PLUS Malaysia Berhad, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Syarikat Takaful Malaysia yang berlangsung di Anjung Seri Mutiara. Dalam majlis tersebut, zakat perniagaan berjumlah RM5,593,000.00 telah diserahkan kepada Yang Berbahagia Profesor Emeritus Dato' Dr. Haji Abdul Aziz bin Tajuddin, Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) bagi mewakili...
Pameran Agensi sempena Penang International Halal Expo 2026 (PIHEX 2026)
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) telah menyertai Pameran Agensi sempena Penang International Halal Expo 2026 (PIHEX 2026) yang berlangsung selama tiga hari, bermula 24 hingga 26 Julai 2026 bertempat di Padang Politeknik Seberang Perai (PSP), Permatang Pauh, Pulau Pinang. Penyertaan MAINPP dalam pameran ini menjadi platform untuk memperkenalkan serta menyampaikan maklumat berkaitan perkhidmatan, produk dan inisiatif MAINPP kepada masyarakat dan pengunjung sepanjang berlangsungnya...
Kumpulan GEN-AI dalam Pertandingan Projek Transformasi Perkhidmatan Awam Negeri Pulau Pinang Melalui AI
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) melangkah ke hadapan dalam pemodenan perkhidmatan awam berasaskan Kecerdasan Buatan (AI) menerusi penyertaan Kumpulan GEN-AI dalam Pertandingan Projek Transformasi Perkhidmatan Awam Negeri Pulau Pinang Melalui AI! Syabas dan tahniah kepada wakil pasukan MAINPP: Tuan Haji Kamal bin Said (Unit Pengurusan & Penyelenggaraan Premis) Puan Nur Syarafana binti Mihsin (Bahagian Teknologi Maklumat) Puan Noorazreen binti Ilias (Unit Pengurusan Dana Wakaf)...
MAINPP Peruntuk RM2 Juta Laksana MPDCA 2026, Manfaat 7,403 Murid Dan Pelajar
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) memperuntukkan sebanyak RM2 juta bagi pelaksanaan Mutiara Program Didik Cemerlang Akademik (MPDCA) 2026, yang bakal memberi manfaat kepada 7,403 murid dan pelajar daripada 109 sekolah di seluruh Negeri Pulau Pinang. Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, YB Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, berkata program tersebut melibatkan 71 sekolah rendah dan 38 sekolah menengah, dengan peruntukan berkenaan digunakan bagi membiayai kelas tuisyen, penyediaan...
Kandungan sedang dikemaskini
Kandungan sedang dikemaskini


















