Majlis Perarakan Sambutan Maulidur Rasul 1448H / 2026M Peringkat Negeri Pulau Pinang

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) bersama jabatan, agensi dan NGO Islam Negeri Pulau Pinang berkesempatan menyertai Majlis Perarakan Sambutan Maulidur Rasul 1448H / 2026M Peringkat Negeri Pulau Pinang yang berlangsung di Masjid Daerah Seberang Perai Selatan, Jawi, Nibong Tebal.

Penyertaan ini menjadi wadah untuk menyemarakkan ukhuwah dan kecintaan kepada Rasulullah SAW, di samping menghayati tema sambutan:

“Meneladani Rasulullah SAW, Memacu Agenda Pembangunan Agama Islam (APAI).”

Semoga penghayatan Maulidur Rasul terus menyuburkan kecintaan kepada Rasulullah SAW, mempererat ukhuwah serta memperkukuh kesatuan ummah dalam membina masyarakat yang harmoni dan diberkati Allah SWT.

Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026M.

1 2
3 4
5 6