Bengkel Perancangan Sasaran Kerja Utama bagi Pelaksanaan MyPerformance Tahun 2026 telah berlangsung pada 5 Disember 2025 (Jumaat) hingga 6 Disember 2025 (Sabtu). Program ini dianjurkan oleh Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia, MAINPP, dengan tujuan memperkukuh kefahaman peserta terhadap penyediaan sasaran kerja serta memastikan perancangan strategik jabatan selaras dengan keperluan MyPerformance.
Sepanjang dua hari penganjuran, sesi-sesi bengkel telah dikendalikan sepenuhnya oleh Encik Muhammad Muizzuddin bin Azman, Ketua Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia. Beliau telah memimpin perbincangan, perkongsian maklumat, serta latihan praktikal bagi membantu peserta merangka sasaran kerja yang lebih sistematik, jelas dan terukur.
YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Hj. Abd Aziz bin Tajuddin, Timbalan Yang Dipertua MAINPP, (TYDP) diundang khas bagi mewakili YB. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Yang Dipertua MAINPP.
Beliau menyampaikan ucapan penghargaan kepada semua peserta dan penganjur serta menekankan kepentingan perancangan kerja yang berkualiti dalam meningkatkan prestasi organisasi.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |






