Pada 7 November 2025, MAINPP telah menerima kunjungan daripada Peguam Encik Amirul Amin Bin Azlan yang mewakili pejabat peguam Faiz Fadzil & Co bagi penyerahan hak milik Lot 210, Mukim 5, Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang yang telah selesai dibuat pindah milik ke atas nama MAINPP. Sesi penyerahan ini turut dipengerusikan oleh YBhg. Ust. Abu Mansur Maturidi bin Mohd. Romli, Pengurus Baitulmal MAINPP dan turut dihadiri oleh En. Shahril bin Shahrom, Ketua Unit Pentadbiran Tanah MAINPP bersama En. Muhammad Azman bin Sharifuddin, Pembantu Tadbir Unit Pentadbiran Tanah MAINPP dan Wakil Jawatankuasa Surau Al-Ihsaniah, Kampung Petani.
Lot 210, Mukim 5, Daerah Seberang Perai Tengah berkeluasan 5,572.5207 meter persegi (1.37 ekar) telah dibeli oleh pihak Jawatankuasa Surau Al-Ihsaniah, Kampung Petani, Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada kadar RM1,499,550.00 dengan menggunakan dana hasil sumbangan masyarakat setempat dan orang ramai bagi tujuan pembinaan Masjid. Usai sesi penyerahan hak milik tersebut, satu sesi perbincangan bagi pembinaan masjid baru di Kampung Petani, Bukit Mertajam telah diadakan merangkumi urusan persempadanan kariah, kos pembangunan dan kaedah bagi kerja-kerja pelaksanaan projek pembinaan masjid.
![]() |
![]() |



